Thursday, January 7, 2010

Now Everyone can Online....


Sekarang macam-macam kita boleh guna kalau hendak online. Seperti yang saya guna sekarng ni saya gunakan bluetooth moderm dengan menggunakan line celcom. Saya juga dikenakan bayaran rm20 untuk satu minggu. Bayaran yang dikenakan juga amat berbaloi, ia juga sangat murah. Berdekatan dengan rumah saya ni tiada line internet disebabkan itulah saya terpaksa menggunakan bluetooth moderm ini untuk melayari internet..

Bagi saya, internet amat penting untuk saya kerana saya boleh mencari research tentang assignment saya dan chat dengan kawan-kawan saya yang jauh dari saya. Saya juga boleh melihat tentang berita terkini secara live di internet. Saya juga boleh mencari kawan lama saya melalui laman web yang ada di dalam internet ini. Banyak kegunaan internet ini ia boleh mencarikan maklumat dengan begitu pantas sekali dengan hanya satu klik saja.. tidak perlu bersusah payah mencari di dalam buku lagi kerana semuanya sudah lengkap di dalam internet cuma taip saja laman web dan klik saja.. dalam satu saat maklumat pun tertera di skrin laptop anda.

Begitu mudah melayari internet pada masa sekarang.. Pada masa dulu sangat susah,memerlukan telefon rumah dan sebagainya. Terpaksa mencari cyber cafe untuk melayari internet. Sekarang semua tempat ada wifi dan boleh menggunakan buetooth moderm. Sekarang tak perlu bersusah payah pergi ke cyber cafe dan berbayar mahal. Dirumah juga boleh online.



*TQ BLUETOOTH MODERM* :)

No comments:

Post a Comment