
Inilah artis iban saya minati dari mula dia mahu meningkat menjadi artis iban popular sampai lah sekarang, di kenali ramai dan sangat popular.. Sekarang dia mempunyai ramai peminat kerana dari segi nyanyian nya yang merdu dan memiliki raut wajah yang jelita. Sebelum dia menjadi seorang artis iban, dia selalu mengikuti pertandingan menyanyi. Dia selalu di nokbatkan johan di setiap pertandingan nyanyian yang dia sertai. Selepas itu, ada satu syarikat rakaman menawarkan dia untuk menyadi artis di bawah naungan mereka. Jadi dia bersetuju dan merasa gembira kerana cita-citanya menjadi artis telah.
Adalah desas-desus berkata dia hendak menjadi artis malaysia, tetapi ayahnya tidak mengalakkan kerana ayahnya berkata awak jadi artis iban dulu, nanti-nanti kalau ada rezeki bolehlah jadi artis malaysia. Pada mulanya dia belum memiliki album solo, dia diberikan album kompilasi bersama artis yang lain, yang baru sepertinya. Yang baru meningkat naik menjadi artis.
Lagu pertama nya ialah "Sulu Mata Mengkudu".. lagu yang sangat popular masa tu dan dari lagu itu dia mula naik di persada nyanyian. Selepas itu,dia memiliki album solonya yang pertama.. Banyak lagu yang ada di dalam album solonya itu semua nya bagus belaka dan berpuas ati bila mendengar. Lagu yang saya minat pada masa tu iaitu "Sulu Meruan Sayau"..
Setelah lama menceburi bidang nyanyian, jadi hatinya telah pun di miliki oleh jejaka yang tampan. Dia telah pun bertunang dan hari nya telah pun berkahwin dengan jejaka pilihan hati nya. Selepas itu, dia mengandung dan melahirkan anak yang sangat comel.. Jantina anaknya mana boleh bagi tahu rahsia..heheheheh (ceh macam lah tahu sangat)
Selepas itu, dia telah berpindah ke syarikat bapa mentuanya.. Sekarang dia di bawah naungan bapa mentua nya. Bapa mentua nya juga artis iban yang popular. Suami nya pun artis iban yang popular juga.. Keluarga artis tu.. hehhe
Sekarang Melissa telah pun mempunyai album baru nya di bawah naungan bapa mentuanya.. Lagu yang saya amat minat ialah lagu "Kayu Renggas Dan Kemunting".. memang best lah lagu ni.. suka sangat..
Saya kagum lah dengan dia kerana dalam usia yang muda dia dapat meningkat naik dengan pantas sekali dalam persada nyanyian. Walaupun banyak liku-liku yang pahit manis di laluinya.. biasalah jadi artis ada rintangan dan cabaran yang harus di tempuhi. Teruskan usaha dan buat banyak-banyak lagi album.. :)
~LOVE U... :) ~

No comments:
Post a Comment