Pada bulan 12 2009 tadi saya, ayu dan khonilious pergi ke tempat picnic iaitu di Family Park. Actually,lama dah rancang nak oergi picnic tapi tidak masa sebab tu lah terpaksa di tunda ke hari yang seterusnya. Family Park ini dari rumah saya mengambil masa setengah jam untuk sampai ke sana. Family Park ini berada di Matang Kuching, Sarawak. Sepamjang perjalanan ke Family Park ada lagi tempat picnic yang terdapat di setiap kawasan yang anda lalui dan terdapat rumah-rumah penduduk kampung. Tempat picnic ini ramai apabila musim cuti sekolah dan hujung minggu.
Di Family Park ada tempat untuk meletakkan kenderaan yang luas dan selamat kerana sentiasa di awasi oleh pengawal yang bekerja di situ. Anda dikenakan bayaran masuk, harga yang dikenakan juga amat berpatutan dan apabila anda hendak BBQ anda juga dikenaikan bayaran kerana anda meminjam tempat BBQ mereka.. Mereka ada menyediakan tempat BBQ, meja dan kerusi. Segala bayaran yang dikenaikan mereka akan mempamerkan di kaunter depan sebelum anda masuk ke dalam. Bayaran masuk mengikut peringkat umur.
Di Family Park juga terdapat pemandangan yang indah sekali. Anda dapat melihat sekitar pemandangan disitu di penuhi dengan tumbuhan-tumbuhan yang menghijau. Anda juga dapat menenangkan fikiran anda. Airnya juga kelihatan bersih kerana tidak ada sampah pun yang terdapat di dalam air tersebut. Airnya juga sangat sejuk. Ramai yang datang berkunjung pada musim cuti persekolahan.
Tandas untuk menukar pakaian juga ada terdapat di situ, ianya sangat selesa dan tempat nya juga sangat luas. Kantin juga ada terdapat di situ, mereka ada amenjual kiuh-muih dan pelbagai keropok yang di jual dengan harga yang berpatutan. Pada pukul 6 petang, kami bertiga balik kerana hari dah senja.. Family Park pun dah nak tutup.
Thursday, January 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment