Monday, January 25, 2010

lalalalaala kat Serikin...


NASI PULUT..






BAKSO




Pada hari sabtu lepas saya dan khon rancanglah pergi Serikin.. Pada pukul 6.30am kami berdua berangkat dari Kuching sampai sana pukul 8am.. tak jauh dari Bandar raya Kuching.. Serikin ini banyak barang-barang indonesia.. Murah lagi tu.. lepas tu khon belikan lah saya handbag satu yang saya dah lama minat tu.. nasib ada jual kat sana.. Kalau x kempunan lah saya..hehehe Maybe bulan 2 ni nak pergi sana lagi nak shopping lagi belum puas lagi ni..hehehehe (tamak)




Bila dah puas-puas jalan perut pun rasa lapar lah pulak, so saya order lah Bakso nak rasa bagaimana masakan orang indonesia.. Lepas tu Khon pulak nak Nasi Goreng Ayam tapi salah pulak di hantar oleh pemilik gerai tu Nasi Ayam Penyet tapi sedap juga cuma sambal pedas sikit..




Lepas dah habis pusing-pusing, dari hulu ke hilir kaki dah terasa lenguh.. Badan pun rasa letih nak balik.. Dalam perjalanan nak pergi tempat parking kereta tu ada satu gerai ni ada jual Nasi Pulut diletakkan di dalam Periuk Kera yang besar yang warna maroon sikit.. Sedap juga, ada inti pulak tu sambal udang dan kacang.. Saya pilih lah sambal udang sedap juga..hehehe

Ramai juga pelancong datang sana terutama sekali orang yang dari semenanjung sebab banyak barang dan pakaian yang murah-murah..

Lepas tu pukul 10a.m balik dan pergi ke Makhamah Lama sebab ada Showdown untuk bboy.. khon ni yang minat sangat pasal bboy ni.. Saya menemani je..hehehe

Lepas tu saya berpeluang tnegok "Dewi" berlakon live pulak tu.. Kalau tak silap Filem "AGI IDUP AGI NGELABAN".. Filem mengisahkan kehidupan orang iban di Sarawak..

Tik tok tik tok... Anniversary 7 hari lagi...


FIRST YEAR ANNIVERSARY MR & MRS KHONILIOUS.. 1 FEBUARY 2010...

1 feb 2010 is my anniversary with my beloved khonilious 1 year.. Fuh!! tanpa di sedari dah setahun hubungan ini sudah terjalin.. Rasa baru semalam dia melamar saya.. hehehehe.. bermula dari berkawan selama 6 bulan hinggalah terjalin satu ikatan cinta yang sangat indah.. hehehee..

Saya jatuh hati sangat kat dia ni sebab dia seorang yang caring, pandai buat lawak, tak kuat membantah dan macam-macam lagi.. Tapi satu je yang saya tak suka dia tak pernah nak serious.. Kadang-kadang boleh sakit hati juga di buat nya.. But i still luv u cyg..

Tak sabar rasa nya nak sambut anniversary with u cyg.. Nak buat kat mana cyg?? Hotel?? Restoran?? hehehe.. choose tempat yang romantik sikit baru best hubby.. Kalau nak di ikutkan nak sambut pada 14 feb 2010 cun cun pada Valentine Day.. Tapi tengok lah dulu mana tarikh yang kami berdua nak sambut anniversary.. Kalau buat pada 14 feb boleh sambut Valentine sekali..

Lepas tu kami berdua rancang nak pergi Sabah ujung tahun ni.. ni lah tengah simpan duit sikit-sikit nak pergi melancong.. Actually nak pergi KL tapi saya pergi KL bulan 5 ini so Sabah belum lagi pergi, jadi saya plan lah nak pergi sana.. Nak tengok tempat orang.. Boleh di katakan tahun ni adalah tahun melancong untuk kami berdua.. Tak sabar nye.. Nak pergi bercuti dengan orang tersayang.. Sebab kawan-kawan banyak mengatakan Sabah banyak tempat menarik dan environment pun banyak yang cantik-cantik..

Friday, January 8, 2010

Melissa Francis



Inilah artis iban saya minati dari mula dia mahu meningkat menjadi artis iban popular sampai lah sekarang, di kenali ramai dan sangat popular.. Sekarang dia mempunyai ramai peminat kerana dari segi nyanyian nya yang merdu dan memiliki raut wajah yang jelita. Sebelum dia menjadi seorang artis iban, dia selalu mengikuti pertandingan menyanyi. Dia selalu di nokbatkan johan di setiap pertandingan nyanyian yang dia sertai. Selepas itu, ada satu syarikat rakaman menawarkan dia untuk menyadi artis di bawah naungan mereka. Jadi dia bersetuju dan merasa gembira kerana cita-citanya menjadi artis telah.

Adalah desas-desus berkata dia hendak menjadi artis malaysia, tetapi ayahnya tidak mengalakkan kerana ayahnya berkata awak jadi artis iban dulu, nanti-nanti kalau ada rezeki bolehlah jadi artis malaysia. Pada mulanya dia belum memiliki album solo, dia diberikan album kompilasi bersama artis yang lain, yang baru sepertinya. Yang baru meningkat naik menjadi artis.

Lagu pertama nya ialah "Sulu Mata Mengkudu".. lagu yang sangat popular masa tu dan dari lagu itu dia mula naik di persada nyanyian. Selepas itu,dia memiliki album solonya yang pertama.. Banyak lagu yang ada di dalam album solonya itu semua nya bagus belaka dan berpuas ati bila mendengar. Lagu yang saya minat pada masa tu iaitu "Sulu Meruan Sayau"..

Setelah lama menceburi bidang nyanyian, jadi hatinya telah pun di miliki oleh jejaka yang tampan. Dia telah pun bertunang dan hari nya telah pun berkahwin dengan jejaka pilihan hati nya. Selepas itu, dia mengandung dan melahirkan anak yang sangat comel.. Jantina anaknya mana boleh bagi tahu rahsia..heheheheh (ceh macam lah tahu sangat)

Selepas itu, dia telah berpindah ke syarikat bapa mentuanya.. Sekarang dia di bawah naungan bapa mentua nya. Bapa mentua nya juga artis iban yang popular. Suami nya pun artis iban yang popular juga.. Keluarga artis tu.. hehhe
Sekarang Melissa telah pun mempunyai album baru nya di bawah naungan bapa mentuanya.. Lagu yang saya amat minat ialah lagu "Kayu Renggas Dan Kemunting".. memang best lah lagu ni.. suka sangat..

Saya kagum lah dengan dia kerana dalam usia yang muda dia dapat meningkat naik dengan pantas sekali dalam persada nyanyian. Walaupun banyak liku-liku yang pahit manis di laluinya.. biasalah jadi artis ada rintangan dan cabaran yang harus di tempuhi. Teruskan usaha dan buat banyak-banyak lagi album.. :)


~LOVE U... :) ~

Apy Birthday Adik 2 month!!!!


Martin Luthur King...


Inilah nama adik saya yang bongsu sekali.. Baru je berusia 2 bulan lebih, dia dilahirkan pada 22/10/2009.. Nama tu bapa saya yang berikan, style betul nama tu kan??... hehehhehe

Actually masa mak saya tengah mengandungkan dia dulu mak saya tak tahu yang mak saya ni mengandung pun. Sebab dia kata tak nak mengandung lagi cukup tiga orang, adik saya yang ketiga tu dulu susah mak saya nak melahirkan sebab tu dia nak "stop" mengandung lagi.

Tanpa dia sedari, dia mengandung lagi kerana pada masa tu dia diet dengan sungguh-sungguh dan pergi jogging. Dia tengok perut nya kenapa makin membesar, tidak juga kecil padahal diet bukan main lagi. Lepas tu, saya menemani dia pergi guardian hendak beli pregnant test mana tahu mengandung kot kata nya. Kerana dia takut macam aunty terkena tumbuhan di dalam perut, itu yang dia takut sangat. Kalau mengandung tak apa, dah rezeki kan.

Lepas beli pregnant test terus mak saya test air kencing nya. Lepas tu dia tengok Positive.. Mak
saya pun rasa gembira kerana ada baby baru.. Bayangkan jarak dia dengan saya 19 tahun, boleh jadi anak saya dah tu.. hehehehe

Hari tu dia terkena ulcer di mulut kerana botol susu nya tidak di rendam di dalam air panas. Doktor beri kan ubat cream, dan sekarang dia dah sembuh.. Satu yang selalu buat saya tension dia asyik-asyik menangis tanpa henti, kejap saja berhenti.. lepas tu nangis lagi. aduh... pening dah kepala saya dengar.. Orang tua kata mungkin dia ada tengok sesatu yang menakutkan kerana budak kecil kan dapat tengok benda halus. Dah bawa dah pergi berubat tapi masih juga menangis, sampaikan saya kadang-kadang tu takut tengok dia menangis.



WE LOVE U ADIK!!! *HUG AND KISS* MMUUAAHH!!

Thursday, January 7, 2010

Family Park

Pada bulan 12 2009 tadi saya, ayu dan khonilious pergi ke tempat picnic iaitu di Family Park. Actually,lama dah rancang nak oergi picnic tapi tidak masa sebab tu lah terpaksa di tunda ke hari yang seterusnya. Family Park ini dari rumah saya mengambil masa setengah jam untuk sampai ke sana. Family Park ini berada di Matang Kuching, Sarawak. Sepamjang perjalanan ke Family Park ada lagi tempat picnic yang terdapat di setiap kawasan yang anda lalui dan terdapat rumah-rumah penduduk kampung. Tempat picnic ini ramai apabila musim cuti sekolah dan hujung minggu.



Di Family Park ada tempat untuk meletakkan kenderaan yang luas dan selamat kerana sentiasa di awasi oleh pengawal yang bekerja di situ. Anda dikenakan bayaran masuk, harga yang dikenakan juga amat berpatutan dan apabila anda hendak BBQ anda juga dikenaikan bayaran kerana anda meminjam tempat BBQ mereka.. Mereka ada menyediakan tempat BBQ, meja dan kerusi. Segala bayaran yang dikenaikan mereka akan mempamerkan di kaunter depan sebelum anda masuk ke dalam. Bayaran masuk mengikut peringkat umur.

Di Family Park juga terdapat pemandangan yang indah sekali. Anda dapat melihat sekitar pemandangan disitu di penuhi dengan tumbuhan-tumbuhan yang menghijau. Anda juga dapat menenangkan fikiran anda. Airnya juga kelihatan bersih kerana tidak ada sampah pun yang terdapat di dalam air tersebut. Airnya juga sangat sejuk. Ramai yang datang berkunjung pada musim cuti persekolahan.

Tandas untuk menukar pakaian juga ada terdapat di situ, ianya sangat selesa dan tempat nya juga sangat luas. Kantin juga ada terdapat di situ, mereka ada amenjual kiuh-muih dan pelbagai keropok yang di jual dengan harga yang berpatutan. Pada pukul 6 petang, kami bertiga balik kerana hari dah senja.. Family Park pun dah nak tutup.

Family Park

Fa

Beautiful Song..



Hargailah apa yang Tuhan telah buat untuk kita di muka bumi ini.. Tanpa Nya siapa lah kita..

Now Everyone can Online....


Sekarang macam-macam kita boleh guna kalau hendak online. Seperti yang saya guna sekarng ni saya gunakan bluetooth moderm dengan menggunakan line celcom. Saya juga dikenakan bayaran rm20 untuk satu minggu. Bayaran yang dikenakan juga amat berbaloi, ia juga sangat murah. Berdekatan dengan rumah saya ni tiada line internet disebabkan itulah saya terpaksa menggunakan bluetooth moderm ini untuk melayari internet..

Bagi saya, internet amat penting untuk saya kerana saya boleh mencari research tentang assignment saya dan chat dengan kawan-kawan saya yang jauh dari saya. Saya juga boleh melihat tentang berita terkini secara live di internet. Saya juga boleh mencari kawan lama saya melalui laman web yang ada di dalam internet ini. Banyak kegunaan internet ini ia boleh mencarikan maklumat dengan begitu pantas sekali dengan hanya satu klik saja.. tidak perlu bersusah payah mencari di dalam buku lagi kerana semuanya sudah lengkap di dalam internet cuma taip saja laman web dan klik saja.. dalam satu saat maklumat pun tertera di skrin laptop anda.

Begitu mudah melayari internet pada masa sekarang.. Pada masa dulu sangat susah,memerlukan telefon rumah dan sebagainya. Terpaksa mencari cyber cafe untuk melayari internet. Sekarang semua tempat ada wifi dan boleh menggunakan buetooth moderm. Sekarang tak perlu bersusah payah pergi ke cyber cafe dan berbayar mahal. Dirumah juga boleh online.



*TQ BLUETOOTH MODERM* :)

Saturday, January 2, 2010

Apy New Year

Welcome 2010!! mmuah!!

Tidak sedar tahun bertukar tahun,bulan bertukar bulan,hari bertukar hari kita telah pun menjangkau TAHUN BARU 2010!!.. Tahun baru 2010 ini di sambut dengan meriah sekali di merata dunia.. Ada yang bermain dengan bunga api yang pelbagai warna tepat pukul 12am, Mercun juga yang diletupkan bunyi yang sangat kuat dan membentuk pelbagai bentuk dan warna yang pelbagai..

Tentu banyak yang mempunyai azam baru pada tahun 2010 ini.. Bagi kami sekeluarga pulak pada tahun 2010 ini akan mengadakan sambutan hari jadi mereka secara besar-besaran.. Nak tahu kenapa??

DADY BIRTHDAY : 2/3/1960
AGE: 50 YEARS OLD

MAMY BIRTHDAY: 11/2/2009
AGE: 40YEARS OLD

GRANDPA BIRTHDAY: (sory forget)hehehe..
AGE: 60 YEARS

TINA ESTHER (its me): 10/10/1990
AGE:20 YEARS OLD

And one more thing is My Grandpa & Grandma Anniversary 40years.. my grandpa cadang nak sambut anniversary mereka berdua kat kampung kat rumah panjang.. tentu meriah.. semua ahli keluarga akan balik semua pada bulan 6 nanti kerana mereka berdua cadang sambut anniversary mereka berdua pada bulan 6 tahun ni.. Look to my birthday cun kan?? Pada tahun 2010 saya berusia 20 tahun,tarikh lahir juga pada 10/10 hb.. cun dengan tahun 2010.. pada tahun ini saya akan celebrate birthday saya secara besar-besaran biar dady sponsor saya punya birthday party nanti..hehehehe


P/S:

Semua birthday kami sekeluarga pada tahun ini semuanya berpuluh-puluh.. Tentu banyak
kenangan pada tahun 2010 ini nanti..

Azam Tahun Baru:

1. Nak kuruskan badan.. (dh gemuk sangat) hehehe..
2. Study Hard
3. Lulus OSCE
4. NO repeat subject
5. Lulus semua ujian

* Banyak lagi sebenarnya tapi tak dapat nak huraikan lagi..*
cukup sampai di situ je.. :)

I Love xmas..hehee

pada 25/12/2009.. semua umat kristian menyambut perayaan xmas.. Pada tahun ini kami sekeluarga menyambut dengan sederhana sahaja tidak seperti tahun yang lepas memandankan harga barang telah pun naik dengan begitu tinggi.. So,sekarang semua orang kena berjimat cermat..

Pada pagi 25hb tu saya dan mak saya bangun awal kerana hendak memasak hidangan yang ingin di berikan kepada para tetamu yang datang..

Menu: Ayam masak kari

Chikugunya and Dengue..

What is Chikugunya??

Chikungunya is a mosquito-borne virus endemic to tropical areas of Asia and Africa. The disease was first extensively documented in the 1950s, and it is a serious problem in some tropical regions, with outbreaks tending to take on a cyclical nature which can cause the disease to come and go. No cure or vaccine is available, making the best practice avoidance of situations in which an infection could occur. Several laboratories are working on treatments or vaccines which could be used to manage or eliminate chikungunya.

What Is Dengue??

Dengue fever is caused by one of four viruses that are transmitted by infected Aedes mosquitoes. The transmission of the disease occurs when a mosquito bites an infected person and subsequently bites an uninfected person. The bite actually transmits the small amount of blood necessary to infect someone with dengue fever. Diagnosis is made through blood tests that scan for antibodies to dengue viruses.

Pada masa sekarang ramai orang-orang yang terkena penyakit seperti ini.. especially orang yang duduk di kawasan perkampungan dan kawasan bandar yang tercemar dengan sampah sarap.. Penyakit ini sangat mudah berjangkit.. Orang yang terkena chikungunya ia akan mengalami sakit sendi dan sengal-sengal tulang dan boleh menyebabkan pesakit tersebut tidak bermaya dan tidak boleh berjalan.. Kerana urat ototnya mula mengembang,pesakit juga tiada selera untuk makan..


p/s:

Especially untuk orang yang tengah menghidapi penyakit chikungunya atau dengue,anda boleh mencuba minum air soya dan 100 plus.. Kenapa?? Air soya boleh meningkatkan platelet badan naik,apabila anda terkena denggi atau chikugunya platelet di dalam akan menurun,so anda bila anda minum air soya platelet di dalam badan akan naik dan boleh melawan penyakit tersebut.. Kerana air soya banyak protein di dalam nya,100 plus pula memberikan anda tenaga.. Badan anda akan terasa lemah bila terkena penyakit ini dan bila anda minum air 100 plus ya akan memberikan anda tenaga.. Satu lagi petuanya ialah minum air rebusan pucuk buah betik,kerana rasa daunya itu sangat pahit dan ia juga boleh melawan penyakit tersebut.